Latar Belakang
Pentadbiran Daerah Cameron Highlands secara rasminya telah ditubuhkan pada 1 Julai 1931 dengan penempatan seorang Penolong Pegawai Daerah berbangsa Inggeris sebagai ketua pentadbiran daerah di bawah pengawasan Pegawai Daerah Lipis.
Dalam tahun 1994/1995 Pentadbiran Pejabat Daerah dan Tanah seluruh Negeri Pahang telah disusun semula di bawah Program Penyusunan Semula Struktur Organisasi Pejabat Daerah dan Tanah.
Tujuan penyusunan semula ini adalah untuk mengoptimumkan penggunaan sumber dalam pentadbiran daerah untuk tujuan pembangunan dan menjamin kelicinan jentera pentadbiran.
Terdapat empat (4) bahagian utama yang dilaksanakan di bawah Pentadbiran Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands iaitu Bahagian Pengurusan Daerah, Bahagian Pembangunan Daerah, Bahagian Pengurusan Tanah, dan Bahagian Perundangan.
Tarikh Kemaskini: 08/04/2022 09:12:58
Kembali ke Atas