Berita

Taklimat Penyediaan Minit Mesyuarat
01 Oct 2022
TANAH RATA, 30 September 2022 - Taklimat Penyediaan Minit Mesyuarat telah diadakan di Bilik Gerakan Daerah, Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands, pada hari ini. Taklimat ini disampaikan oleh Pegawai Daerah Cameron Highlands, Tn Syed Ahmad Khirulanwar Alyahya Syed Abdul Rahman dan dihadiri oleh pegawai serta kakitangan PDTCH.

43 mahasiswa terima BPP
30 Sep 2022
TANAH RATA, 29 September 2022 - Seramai 43 mahasiswa dari Cameron Highlands yang mengikuti pengajian di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) menerima Bantuan Prihatin Pahang 2022 sumbangan kerajaan negeri, hari ini. Sumbangan one-off RM200 seorang yang disampaikan oleh Pegawai Daerah Cameron Highlands, Tn Syed Ahmad Khirulanwar Alyahya Syed Abdul Rahman.

Kursus Dokumentasi Pensijilan MS ISO 90001:2015
22 Sep 2022
TANAH RATA, 21 September 2022 - Kursus Pembangunan Dokumentasi Pensijilan MS ISO 90001:2015 Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) telah berlangsung pada 19 hingga 21 September bertempat di Bilik Gerakan, Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands. Bengkel ini telah dihadiri oleh semua ketua bahagian dan ketua unit jabatan ini.

Program memasak bubur asyura
14 Sep 2022
PDT C.HIGHLANDS, 13 September 2022 - Memasak bubur asyura merupakan amalan kebiasaan yang dilakukan oleh masyarakat melayu Islam di Malaysia ketika datangnya bulan Muharram. Oleh itu, Kelab Sukan dan Kebajikan Kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands (PEDATA) mengambil pendekatan ini dengan mengadakan aktiviti memasak bubur asyura secara bergotong-royong.

Cabutan kerja undi Bil 3/2022
07 Sep 2022
TANAH RATA, 7 September 2022 - Sesi cabutan kerja undi kali ketiga tahun 2022 telah diadakan secara langsung mengikut norma baru kaedah pelaksanaan perolehan atau projek kerajaan, selaras dengan garis panduan amalan langkah pencegahan penularan pandemik Covid-19 di tempat kerja yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Keluarga Malaysia, Teguh Bersama
01 Sep 2022
TANAH RATA, 31 Ogos 2022 - Sambutan Hari Kebangsaan Kali Ke-65 Peringkat Daerah Cameron Highlands bertemakan 'Keluarga Malaysia, Teguh Bersama’ yang diadakan di Padang Awam Majlis Daerah Cameron Highlands pada hari ini disambut meriah dengan kehadiran kira-kira 2,000 pengunjung termasuk 1,330 peserta dari agensi kerajaan, swasta, NGO dan pelajar sekolah.
Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 6267 kali.
Kembali ke Atas