Berita

Bantuan Prihatin Pahang Sektor Pertanian

Bantuan Prihatin Pahang Sektor Pertanian

TANAH RATA, 8 November 2022 - Kerajaan Pahang telah membelanjakan hampir RM 30 juta untuk diberikan kepada lebih daripada 290,000 orang penerima bagi 4 kluster berbeza secara berperingkat bermula sejak bulan April. 4 kluster tersebut adalah Kluster Pelajar dan Anak Muda, Golongan B40 (Ibu Tunggal dan Pemandu Teksi), Kluster Umum (Penjaja Harian) dan Kluster Apresiasi (Veteran Tentera dan Polis).
Penamaan Calon PRU 15

Penamaan Calon PRU 15

TANAH RATA, 5 NOVEMBER 2022 - Sesi Penamaan Calon PRU-15 bagi Parlimen Cameron Highlands, Dewan Negeri Jelai dan Dewan Negeri Tanah Rata telah berlangsung di Dewan Gemilang SMK Sultan Ahmad Shah, Cameron Highlands. Berikut merupakan calon-calon yang disahkan untuk bertanding.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah

TANAH RATA, 20 Oktober 2022 - Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Cameron Highlands telah diadakan hari ini bagi membincangkan strategi, arahan dan pelan tindakan untuk berhadapan dengan Monsun Timur Laut (MTL) 2022/2023 yang dijangka berlaku pada bulan November 2022 sehingga Mac 2023.
Semarakkan Keluarga Malaysia Aktif

Semarakkan Keluarga Malaysia Aktif

TANAH RATA, 8 Oktober 2022 - Sambutan Hari Sukan Negara telah diisytiharkan pada hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap tahun. Inisiatif Kementerian Belia dan Sukan ini adalah satu langkah pro aktif di dalam proses transformasi ke arah mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah ‘Negara Bersukan’.
Keperluan Pengosongan Tangki Septik

Keperluan Pengosongan Tangki Septik

​TANAH RATA, 6 Oktober 2022 - Tangki septik perlu dikosongkan secara berjadual demi mencegah limpahan dan memelihara alam sekitar serta kesihatan penghuni premis. Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) memaklumkan tahap kesedaran pengguna tidak mencapai hasrat yang dimahukan kerana sumber air berpotensi besar tercemar dengan sisa kumbahan.
Jabatan Kerajaan CH Tandatangan IBR

Jabatan Kerajaan CH Tandatangan IBR

TANAH RATA, 6 Oktober 2022 - Sebanyak 29 buah jabatan kerajaan di Cameron Highlands telah menandatangani ikrar bebas rasuah pagi ini. Pegawai Daerah Cameron Highlands, Tn Syed Ahmad Khirulanwar Alyahya Syed Abdul Rahman berkata Cameron Highlands merupakan daerah pertama di Pahang yang melaksanakan IBR dengan penglibatan semua ketua jabatan di dalam daerah.
Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 6267 kali.


Kembali ke Atas