Berita

Pengorbanan barisan hadapan dihargai
13 May 2021
TANAH RATA, 13 Mei 2021 - Pengorbanan barisan hadapan dalam memerangi penularan COVID-19 tidak dilupakan. Pasukan keselamatan bertugas demi melindungi Negara dan beraya tanpa keluarga di Aidilfitri. Pagi ini, Pegawai Daerah Cameron Highlands, Dato' Hj Ishak Md Napis telah menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada petugas barisan hadapan di sini.

Rondaan pantau SOP premis
09 May 2021
CAMERON HIGHLANDS, 8 Mei 2021 - Rondaan dan pemantauan penguatkuasaan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhadap pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Rondaan ini turut melibatkan anggota daripada Majlis Daerah Cameron Highlands (MDCH) dan Anggota Pertahanan Awam Malaysia (APM).

MB sampai bantuan prihatin
01 May 2021
TANAH RATA, 1 Mei 2021 - Pagi ini YAB Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Hj Wan Rosdy Wan Ismail telah hadir ke Majlis Penyampaian Bantuan Prihatin Pahang Dewan Negeri Tanah Rata dengan kerjasama Yayasan Pahang di Dewan Puncak Arabella, Tanah Rata. Majlis penyampaian bantuan tersebut membabitkan 120 orang golongan kurang berkemampuan terdiri daripada anak yatim, orang kurang upaya (OKU), miskin tegar dan ibu tunggal.

'Soft Opening' Hotel Zenith Cameron
30 Apr 2021
TANAH RATA, 30 April 2021 - Hari ini, YAB Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail ke Majlis 'Soft Opening' Hotel Zenith Cameron. Turut sama berangkat ke majlis adalah Yang Amat Mulia Tengku Arif Temenggung, Tengku Fahd Mua'dzam Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah selaku Pengerusi Zenith Cameron. Majlis yang berlangsung mengikut segala Prosuder Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan termasuk dalam soal menjaga penjarakan sosial.

Terima Kasih MB
29 Apr 2021
KUANTAN, 28 April 2021 - Kerajaan Negeri Pahang bersetuju memberi Bantuan Khas Kewangan (BKK) RM1,000 kepada semua kira-kira 8,000 penjawat awam di negeri ini, bersempena sambutan Hari Raya Aidil Fitri tahun ini. Penjawat awam meliputi semua gred, melibatkan implikasi kewangan kira-kira RM8 juta. Penjawat Kewangan Negeri akan segera melakukan urusan susulan agar pembayaran dapat dibuat pada 7 Mei ini.

Pemantauan premis dan penjaja di Cameron Highlands
28 Apr 2021
CAMERON HIGHLANDS, 29 April 2021 - Seramai 12 orang anggota terdiri daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Majlis Daerah Cameron Highlands (MDCH), Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands (PDTCH), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) telah membuat pemantauan premis dan penjaja di sekitar kawasan Ringlet, Tanah Rata, Brinchang dan Kampung Raja.
Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 6035 kali.
Kembali ke Atas