Berita

Terima Kasih MB

~MM

KUANTAN, 28 April 2021 - Kerajaan Negeri Pahang bersetuju memberi Bantuan Khas Kewangan (BKK) RM1,000 kepada semua kira-kira 8,000 penjawat awam di negeri ini, bersempena sambutan Hari Raya Aidil Fitri tahun ini. Penjawat awam meliputi semua gred, melibatkan implikasi kewangan kira-kira RM8 juta. Penjawat Kewangan Negeri akan segera melakukan urusan susulan agar pembayaran dapat dibuat pada 7 Mei ini.

Turut mendapat pemberian ini sebagai sagu hati Kerajaan Negeri, ialah penjawat awam Persekutuan bergred JUSA C dan ke atas, yang berkhidmat di negeri ini. Keputusan ini dicapai pada mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang dipengerusi oleh YAB Dato' Sri Wan Rosdy Wan Ismail pagi ini. Ia dibuat berasaskan kemampuan kewangan negeri serta sikap peduli Kerajaan Negeri terhadap rakyat termasuk dalam kalangan penjawat awam sekalian.

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 130 kali.


Kembali ke Atas