Berita

Taklimat Penyuraian Trafik di Cameron Highlands

~MM

KEA FARM, 7 Januari 2023 - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mendengar taklimat mengenai Inisiatif Penyuraian Trafik di Cameron Highlands, hari ini.

Terdahulu, Seri Paduka Baginda mendengar taklimat yang disampaikan oleh Ketua Pengarah Kerja Raya, Jabatan Kerja Raya Malaysia, Dato’ Ir. Hj Ahmad Redza Ghulam Rasool, Setiausaha Bahagian Perancang Jalan, Kementerian Kerja Raya, Ir. Mohd Fairuz Mamat @ Muhamad dan Pengarah Pakar Kejuruteraan Jalan dan Jambatan, Jabatan Kerja Raya Malaysia, Ir. Mohd Shahrom Ahmad Saman.

Seri Paduka Baginda bertitah agar kerja-kerja mengatasi kesesakan jalan raya di Cameron Highlands perlu diberi keutamaan memandangkan kawasan tanah tinggi ini menjadi lokasi tumpuan pengunjung terutamanya di musim cuti.

Baginda kemudiannya berkenan mencemar duli meninjau tapak cadangan pembinaan struktur di kawasan Kea Farm yang merupakan sebahagian daripada lokasi Projek Pembinaan Naik Taraf Jalan ‘One Way Loop’ dari Persimpangan Bulatan McDonald ke Jalan Besar Kea Farm, Cameron Highlands.

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 10 kali.


Kembali ke Atas