Berita
Taklimat Penyediaan Minit Mesyuarat
TANAH RATA, 30 September 2022 - Taklimat Penyediaan Minit Mesyuarat telah diadakan di Bilik Gerakan Daerah, Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands, pada hari ini. Taklimat ini disampaikan oleh Pegawai Daerah Cameron Highlands, Tn Syed Ahmad Khirulanwar Alyahya Syed Abdul Rahman dan dihadiri oleh pegawai serta kakitangan PDTCH.
Di akhir sesi, para peserta mendapat pendedahan dalam mempraktikkan format yang sesuai untuk mencatat dan merekod minit mesyuarat. Selain itu, peserta turut memahami penggunaan gaya bahasa serta struktur ayat yang sesuai untuk digunakan di dalam penulisan minit mesyuarat.
Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 112 kali.
Kembali ke Atas