Berita

Sumbangan 'One Off' Kepada Pelajar Sekolah

~MM

TANAH RATA, 27 Januari 2023 - Kerajaan Negeri Pahang menerusi Bantuan Prihatin Pahang 2023 menyumbang RM39,600 untuk 396 pelajar tingkatan 5 dan 6 daerah Cameron Highlands, pagi ini. Kesemua pelajar tersebut dari SMK Sultan Ahmad Shah, SMK Ringlet dan SMK Kampung Raja.

Setiap pelajar menerima sumbangan ’one-off’ sebanyak RM100 yang disampaikan oleh Ahli Parlimen Cameron Highlands, Dato’ Ramli Dato’ Mohd Nor.

“Sebanyak RM42.4 juta diperuntukkan bagi tahun 2023 untuk dibelanjakan dalam bidang pendidikan menerusi Bantuan Prihatin Pahang dapat memberi manfaat kepada 218,193 orang penerima secara keseluruhannya yang terdiri daripada pelajar sekolah, pelajar tahfiz, mahasiswa di IPTA, Politeknik dan Kolej Komuniti.

“Sokongan dan dorongan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Pahang dalam mengambil berat tentang kemajuan pelajar-pelajar di negeri Pahang bermakna kita dapat mempertingkatkan nilai perkhidmatan untuk memenuhi keperluan anak-anak kita.

Beliau berkata demikian sempena Majlis Penyampaian Bantuan Prihatin Pahang kepada pelajar Cameron Highlands di Dewan Gemilang, SMK Sultan Ahmad Shah, di sini.

Mengulas lanjut, Dato’ Ramli berkata pemberian bantuan ini melambangkan bukti kestabilan kewangan kerajaan negeri yang mana hasil kutipan kewangan dipulangkan kembali kepada rakyat untuk dimanfaaatkan oleh golongan yang memerlukan khususnya bagi membantu pelajar di seluruh negeri Pahang.

Dengan bantuan ini, diharap agar semua penerima dapat membuktikan kecemerlangan dalam pelajaran dan menjadikannya sebagai satu semangat untuk terus maju pada masa hadapan.

Turut hadir di majlis tersebut, Ketua Penolong Pegawai Daerah, En Sulaiman Husin, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah, En Badrol Hisham Mohd Tahir dan Pengetua SMK Sultan Ahmad Shah, En Zakaria Abdullah.

#SayangiCameronHighlands
#MajuTerusPahang
#Pahang1st

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 18 kali.


Kembali ke Atas