Berita
Sumbangan Juadah Makmur Untuk Kakitangan Awam
TANAH RATA, 3 Mac 2023 - Sebanyak 200 pek sumbangan makanan Juadah Makmur dihulurkan kepada penjawat awam negeri Pahang di sini, hari ini. Penyerahan sumbangan disampaikan oleh Pegawai Daerah Cameron Highlands, Tn Syed Ahmad Khirulanwar Alyahya Syed Abdul Rahman di perkarangan Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands.
Sumbangan makanan tengah hari ini adalah satu pendekatan baharu yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri untuk rakyat Pahang sebagai tanda prihatin dan kasih kerajaan terhadap rakyatnya.
Program Juadah Makmur merupakan manifestasi untuk mendekatkan rakyat dengan kerajaan negeri dalam mengecapi kesejahteraan dan kemakmuran bersama.
Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 125 kali.
Kembali ke Atas