Berita
Sukarelawan bergerak dari rumah ke rumah
TANAH RATA, 16 JUN 2021 - Seramai 6 orang sukarelawan bergerak dari rumah ke rumah bagi membantu orang ramai khususnya warga emas mendaftar sebagai penerima vaksin Covid-19. Hari ini, kumpulan tersebut telah mengunjungi kejiranan di Carnation Park, di sini.
Kumpulan ini yang terdiri daripada beberapa badan bukan kerajaan (NGO) mengambil inisiatif kerajaan bagi meningkatkan kadar peningkatan pendaftaran vaksin Covid-19 di negeri Pahang.
Semoga dengan usaha sebegini mampu meningkatkan peratusan pendaftaran vaksin dan menjayakan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) bagi memutuskan rantaian.
Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 127 kali.
Kembali ke Atas