Berita

SPB YDP Agong Menyantuni Mangsa Banjir Lumpur

~MM

KAMPUNG RAJA, 6 Januari 2023 - Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mencemar duli berangkat melawat dan menyantuni mangsa banjir lumpur yang melanda Kg Baru, Kg Raja di sini pada bulan lepas.

Dalam lawatan satu jam setengah bermula jam 4 petang itu, KDYMM Seri Paduka Baginda berkenan beramah mesra bersama mangsa banjir dan menzahirkan simpati kepada mangsa terbabit serta bersyukur tiada kehilangan nyawa dalam musibah tersebut.

Seri Paduka Baginda turut berkenan mengurniakan sumbangan berbentuk wang tunai kepada mangsa-mangsa yang terlibat.
Terdahulu, baginda mendengar taklimat yang disampaikan oleh Pegawai Daerah Cameron Highlands, Tn Syed Ahmad Khirulanwar Alyahya Syed Abdul Rahman berkaitan tindakan pembetulan dan pencegahan yang telah ditangani oleh agensi-agensi kerajaan di Cameron Highlands.

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 8 kali.


Kembali ke Atas