Berita

SPB YDP Agong Mengunjungi Pekan Tanah Rata

~MM

TANAH RATA, 8 Januari 2023 - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengunjungi pekan Tanah Rata, hari ini.

Terdahulu, usai lawatan di Kampung Taman Sedia, Seri Paduka Baginda berkenan meluangkan masa meninjau aktiviti perniagaan dan menyantuni serta beramah mesra bersama para peniaga dan pengunjung.

Hadir sama mengiringi Seri Paduka Baginda adalah Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Dato’ Sri Dr. Sallehuddin Ishak, Ahli Parlimen Cameron Highlands, Dato’ Ramli Dato’ Mohd Nor, Pegawai Daerah Cameron Highlands, Tn Syed Ahmad Khirulanwar Alyahya Syed Abdul Rahman dan Yang Dipertua Majlis Daerah Cameron Highlands, Tn Azmil Hadid Maznan.

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 15 kali.


Kembali ke Atas