Berita
SPB YDP Agong Melawat Taman Agro Kea Farm
KEA FARM, 7 Januari 2023 - Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Itulah citra Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang salin tak tumpah seperti Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.
Keperibadian Yang di-Pertuan Agong Ke-16 sebagai insan prihatin, merendah diri dan sentiasa mendampingi rakyat sememangnya tidak asing lagi khususnya bagi rakyat Cameron Highlands kerana ia sudah menjadi kelaziman bagi keluarga Diraja Pahang sejak sekian lama.
Taman Agro Kea Farm hari ini diserikan dengan kunjungan istimewa Seri Paduka Baginda yang mencemar duli melawat gerai-gerai jualan hasil pertanian segar Cameron Highlands.
Seri Paduka Baginda berkenan membeli jagung bakar dan meluangkan masa beramah mesra serta berswafoto bersama pengunjung-pengunjung di Kea Farm.
Kembali ke Atas