Berita

SPB YDP Agong Melawat Ke Abang Strawberry Farm

~MM

TANAH RATA, 8 Januari 2023 - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat melawat ke Abang Strawberry di Kampung Taman Sedia, di sini, hari ini.

Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda pada jam 10.30 pagi disambut oleh pemilik Abang Strawberry, En. Muhammad Solehuddin Shamsuddin dan kakitangan premis perniagaan tersebut.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Dato’ Sri Dr. Sallehuddin Ishak, Ahli Parlimen Cameron Highlands, Dato’ Ramli Dato’ Mohd Nor, dan Pegawai Daerah Cameron Highlands, Tn Syed Ahmad Khirulanwar Alyahya Syed Abdul Rahman.

Lawatan ke Abang Strawberry adalah antara aktiviti Seri Paduka Baginda dalam rangka lawatan ke Cameron Highlands selama tiga hari.

Seri Paduka Baginda berkenan meluangkan masa hampir satu jam setengah meninjau penanaman pokok strawberi yang diusahakan di situ. Baginda turut berkenan untuk beramah mesra serta berswafoto bersama pengunjung-pengunjung di sekitar kawasan tersebut.

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 9 kali.


Kembali ke Atas