Berita
SPB YDP Agong Melawat Kampung Orang Asli Kuala Boh
KUALA BOH, 7 Januari 2023 - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melawat Kampung Orang Asli Kuala Boh, hari ini.
Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda pada jam 10.45 pagi disambut dengan persembahan alat muzik tradisional masyarakat orang asli yang dikenali sebagai buluh ceh tong.
Seri Paduka Baginda berkenan mengurniakan sumbangan tunai dan barangan keperluan dapur kepada penduduk kampung tersebut pada majlis yang berlangsung selama satu jam.
Sempena lawatan tersebut, Seri Paduka turut berkenan menyantuni penerima sumbangan dan bertanya khabar serta menasihati para penduduk agar sentiasa menjaga kesihatan diri, keluarga dan warga emas.
Baginda turut bertitah sekiranya penduduk mempunyai sebarang permasalahan hendaklah sentiasa merujuk kepada Jabatan Kemajuan Orang Asli agar tindakan selanjutnya dapat diambil dengan segera.
Kembali ke Atas