Berita

SPB YDP Agong Berangkat Meninggalkan Daerah Cameron Highlands

~MM

TANAH RATA, 8 Januari 2023 - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berangkat pulang meninggalkan daerah Cameron Highlands hari ini setelah selesai mengadakan lawatan selama tiga hari. Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda di Kelab Golf Sultan Ahmad Shah pada jam 2.15 petang disambut oleh Ahli Parlimen Cameron Highlands Dato’ Ramli Dato’ Mohd Nor dan Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Dato’ Sri Dr. Sallehuddin Ishak.

Turut hadir Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf dan Pegawai Daerah Cameron Highlands, Tn Syed Khirulanwar Alyahya Syed Abdul Rahman.
Lawatan Seri Paduka Baginda ke daerah Cameron Highlands bermula pada 6 Januari 2023, mencerminkan bahawa Seri Paduka Baginda bukan sahaja amat prihatin dalam hal ehwal pengurusan dan pentadbiran negara, malah mengambil perhatian yang serius dalam hal ehwal kebajikan rakyat jelata khususnya di Cameron Highlands.

Menjunjung Kasih Tuanku.

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 13 kali.


Kembali ke Atas