Berita

'Soft Opening' Hotel Zenith Cameron

~MM

TANAH RATA, 30 April 2021 - Hari ini, YAB Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail ke Majlis 'Soft Opening' Hotel Zenith Cameron. Turut sama berangkat ke majlis adalah Yang Amat Mulia Tengku Arif Temenggung, Tengku Fahd Mua'dzam Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah selaku Pengerusi Zenith Cameron. Majlis yang berlangsung mengikut segala Prosuder Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan termasuk dalam soal menjaga penjarakan sosial.

Hotel Zenith Cameron Highlands telah siap dibina dan mempunyai sebanyak 175 bilik akan mula beroperasi tidak lama lagi. Walaupun berdepan dengan wabak pandemik COVID-19, pihak pemaju dan pengusaha percaya dan yakin terhadap sektor pelancongan yang makin berkembang di kawasan ini.

Cameron Highlands yang mempunyai keunikannya tersendiri terutama dari segi cuaca dingin dan keindahan alam sekitar serta produk-produk pelancongan.

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 171 kali.


Kembali ke Atas