Berita

Semarakkan Keluarga Malaysia Aktif

~MM

TANAH RATA, 8 Oktober 2022 - Sambutan Hari Sukan Negara telah diisytiharkan pada hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap tahun. Inisiatif Kementerian Belia dan Sukan ini adalah satu langkah pro aktif di dalam proses transformasi ke arah mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah ‘Negara Bersukan’.

Penolong Pegawai Daerah, Cik Siti Rothemanizan Otheman dalam ucapan perasmiannya menyatakan program ini merupakan salah satu daripada komitmen sebagai rakyat Malaysia dalam menjayakan Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) yang turut diberikan penekanan di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas 2021 - 2025.

“Bersukan bukan sahaja dapat melahirkan warga yang cerdas, cergas, sihat dan ceria tetapi ia penting dalam menanam serta memupuk semangat perpaduan dan kebersamaan keluarga di kalangan warga Malaysia”, katanya.

Beliau berkata demikian ketika mewakili Pegawai Daerah Cameron Highlands di Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Daerah Cameron Highlands di Padang Awam Majlis Daerah Cameron Highlands, hari ini.

Program ini turut diserikan dengan pelbagai acara seperti pameran daripada agensi kerajaan dan swasta, pemeriksaan kesihatan, senamrobik, sukaneka, sepak penalti dan e-sport.
Turut hadir Yang Dipertua Majlis Daerah Cameron Highlands, En Azmil Hadid Maznan.

 
#Pahang1st
#HSN2022
#HSN2022CH
#HSN2022Pahang
#TowardSportingNation
#KeluargaMalaysiaAktif

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 120 kali.


Kembali ke Atas