Berita
Semakin ramai dapat suntikan vaksin
TANAH RATA, 17 JUN 2021 - Tinjauan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Cameron Highlands mendapati semakin ramai penduduk di tanah tinggi ini telah menerima suntikan vaksin. Seramai 376 penerima telah mendapatkan suntikan vaksin yang berakhir pada jam 5.00 petang tadi.
Kesedaran penduduk di sini memperlihatkan impak yang positif terhadap kepentingan vaksin bagi melindungi diri dan keluarga di sekeliling.
Usaha sebegini perlu diteruskan agar sasaran untuk mencapai imuniti berkelompok tidak mustahil dikecapi dengan segera sekiranya semua penduduk terus tampil memberikan kerjasama bagi mendapatkan suntikan vaksin.
Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 137 kali.
Kembali ke Atas