Berita
Sambutan Aidilfitri PDT Cameron Highlands
PDT C.HIGHLANDS, 12 Julai 2018 - Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands telah menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri di sini. Majlis ini diadakan bagi menikmati pelbagai juadah enak yang disediakan di samping dapat bertemu mesra mengeratkan silaturahim dan bermaaf-maafan sempena Aidilfitri.
Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri ini diserikan lagi dengan hiasan sempena Hari Raya daripada setiap bahagian di jabatan ini. Dalam majlis tersebut, turut dimeriahkan dengan persembahan nyanyian daripada kakitangan jabatan.
Turut hadir, Yang Berhormat Ahli Parlimen Cameron Highlands, Dato' Sivarraajh Chandran, ketua-ketua jabatan, wakil penduduk setempat serta keluarga.
Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 155 kali.
Kembali ke Atas