Berita

Rentas daerah dibenarkan, Pahang status negeri PKPP

~MM

Cameron Highlands, 5 Mac 2021 - Kerajaan membenarkan pergerakan rentas daerah di semua negeri kecuali Sabah bermula 5 Mac ini selepas tiada lagi negeri berstatus Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Pahang sebelum ini berstatus Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) kini bertukar PKP Pemulihan (PKPP).

Pagi ini, Dato' Hj Ishak Md Napis, Pegawai Daerah Cameron Highlands meninjau ke tapak perlancongan terkenal di tanah tinggi, Kea Farm bagi membuat pemantauan, persiapan serta pematuhan prosuder standard operasi sebelum aktiviti perniagaan mula beroperasi. 

Turut sama, agensi kerajaan lain iaitu Polis Diraja Malaysia, Majlis Daerah Cameron Highlands, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 454 kali.


Kembali ke Atas