Berita

Program memasak bubur asyura

~MM

PDT C.HIGHLANDS, 13 September 2022 - Memasak bubur asyura merupakan amalan kebiasaan yang  dilakukan oleh masyarakat melayu Islam di Malaysia ketika datangnya bulan Muharram. Oleh itu, Kelab Sukan dan Kebajikan Kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands (PEDATA) mengambil pendekatan ini dengan mengadakan aktiviti memasak bubur asyura secara bergotong-royong.

Sebanyak 2 kawah bubur asyura telah dimasak yang melibatkan  pegawai dan kakitangan jabatan ini. Sebanyak 200 bekas bubur asyura telah dapat disediakan dan telah diedarkan kepada semua warga kerja. Aktiviti memasak bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 5.00 petang.

Antara objektif program ini diadakan adalah bagi memupuk semangat persaudaraan dan mengeratkan silaturrahim di kalangan warga Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands. Di samping itu juga ia dapat memberi pendedahan mengenai masakan tradisi masyarakat ini.

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 173 kali.


Kembali ke Atas