Berita
Program Kutipan Luar Cukai Tanah
RINGLET, 24 Mac 2022 - Program Kutipan Luar Cukai Tanah telah diadakan pada 24 Mac 2022 bertempat di bandar Ringlet yang melibatkan sebanyak 616 hakmilik. Kaunter ini dibuka pada jam 10.00 pagi sehingga 4.30 petang. Untuk urusan pembayaran, anda boleh membawa bil yang telah dipos kepada anda, membawa bil yang lama, ataupun semak melalui penama geran tersebut. Pembayaran boleh dibuat secara tunai dan cek syarikat sahaja.
Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 137 kali.
Kembali ke Atas