Berita

Program Engagement Bersama Pekebun

~MM

TANAH RATA, 13 Februari 2020 -  Program Engagement bersama pekebun-pekebun di Lembah Bertam telah diadakan bertempat di Dewan Serbaguna, Lembah Bertam dengan kehadiran seramai 100 orang pekebun di kawasan tersebut. Program ini dilaksanakan bagi memenuhi  hasrat kerajaan dalam menjayakan misi untuk kelestarian Cameron Highlands melalui program-program berbentuk Jiwa Murni.

Taklimat telah disampaikan oleh Dato Ishak Md Napis, Pegawai Daerah Cameron Highlands, ketua-ketua jabatan daerah, pekebun-pekebun dan penduduk setempat. Dalam masa yang sama, kaunter untuk semakan cukai tanah dan semakan Lesen Pendudukan Sementara (LPS) turut dibuka bagi memudahkan urusan pertanyaan pekebun bersama Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands.

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 78 kali.


Kembali ke Atas