Berita
Perkhidmatan Komunikasi Ditambahbaik
TANAH RATA, 7 Februari 2023 – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan menambahbaik perkhidmatan telekomunikasi di Kampung Orang Asli (KOA) Kuala Boh, Cameron Highlands dengan membina menara telekomunikasi bagi kemudahan capaian internet di perkampungan tersebut.
Exco Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang, YB Encik Fadzli Mohamad Kamal, hari ini mempengerusikan Taklimat Perlaksanaan Projek Jalinan Digital Negara (JENDELA) di Bilik Gerakan Daerah, Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands.
Seusai taklimat, beliau serta ahli mesyuarat mengadakan lawatan tapak di Kampung Kuala Boh, Cameron Highlands. Proses pembinaan menara dijangka mengambil masa sehingga penghujung suku ke-3 2023. Kemudahan telekomunikasi di perkampungan Orang Asli di negara ini sentiasa dipertingkat bagi memastikan masyarakat itu, khususnya generasi muda, tidak ketinggalan dalam era yang serba digital.
Turut hadir adalah Pegawai Daerah Cameron Highlands, Tuan Syed Ahmad Khirulanwar Alyahya Syed Abdul Rahman; Ketua Pegawai Operasi Koridor Utiliti Pahang, Ir. Sably; Ketua Pegawai Operasi SKMM, YBhg. Dato Mohd Ali Hanafiah Mohd Yunus; Ketua Bahagian Transformasi dan Koordinasi SKMM, Tuan Haji Roslan Mohamad; Pengarah SKMM Negeri Pahang, Encik Mohd Faisal Md Nor; ADUN Tanah Rata, YB Encik Ho Chi Yang dan Ketua Pegawai Operasi MEASAT Satellite Systems Sdn. Bhd., Encik Yau Chyong Lim.
Kembali ke Atas