Berita

Penambahbaikan Pelan Pengurusan Risiko Cerun Cameron Highlands

Hizami

KUALA LUMPUR, 30 Disember 2021 -  Jawatankuasa Tindakan Daerah (JKTD) Cameron Highlands (CH) mengadakan sesi libat urus (SLU) dengan Cawangan Kejuruteraan Cerun (CKC), Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia. Antara tujuannya adalah untuk memperhalusi tindakan pencegahan (preventive) dan sangkal (preemptive) dalam pengurusan cerun, optimisasi kepakaran jabatan berkaitan dalam pengurusan cerun dan justifikasi permohonan peruntukan secukupnya. Delegasi JKTD CH yang diketuai Pegawai Daerah dan disertai 18 ketua jabatan mengamati taklimat berikut oleh pihak CKC adalah Sistem amaran Awal Tanah Runtuh (SAATR) dan Integrated Slope Management System (ISMAS). JKTD CH mengambil tindakan segera bagi penggunaan SAATR & ISMAS di jalan² negeri, dalam Rolling Plan 3 RMK-12. Beberapa siri penambahbaikan turut dibincangkan bagi pemantapan Pelan Pengurusan Risiko Cerun CH. Pihak CKC diundang untuk SLU seterusnya di CH pada Februari 2022. Kepakaran CKC amatlah wajar dimanfaatkan. Rancangan jangka panjang dan menyeluruh akan disusul. Adalah diharapkan usaha ini berimpak tinggi, bagi faedah semua pihak.

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 176 kali.


Kembali ke Atas