Berita

PDTCH menerima kunjungan lawatan kerja JOGGS

~MM

TANAH RATA, 10 Nov – Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands (PDTCH) telah menerima kunjungan daripada Junior Organization Geomatics Student (JOGGS) yang terdiri daripada 4 buah Institut Pengajian Tinggi iaitu Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Politeknik Sultan Ahmad Shah (POLISAS) dan Politeknik Merlimau, Melaka di bawah Pertubuhan Juruukur Diraja Malaysia.

Kunjungan seharian ini dimulakan dengan ucapan aluan Ketua Penolong Pegawai Daerah, Tn. Hj. Saifulazli bin Mohamed Nor yang memberi taklimat latar belakang Cameron Highlands dan di selang seli dengan sesi dialog bersama delegasi JOGGS.

Antara yang dibincangkan adalah info berkaitan penyimpanan data tanah dan sesi perkongsian maklumat pengurusan tanah daerah.

Majlis diakhiri dengan sesi penyampaian hadiah daripada kedua belah pihak.



Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 141 kali.


Kembali ke Atas