Berita
Musa, Haizi juara tilawah Al-Quran
TANAH RATA, 15 November 2018 - Qari Musa Ahmad Fauzi dan qariah Nur Haizi Hamzah muncul johan sempena Majlis Tilawah Al-Quran tahun 2018/1440H yang berlangsung di Dewan Puncak Arabella, Tanah Rata, pagi tadi.
Musa dan Haizi masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM 700, piala pusingan, senaskah Al-Quran, sijil penghargaan dan barangan elektrik.
Kejayaan ini sekali gus melayakkan mereka mewakili Cameron Highlands pada Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri di Kuantan.
Penyampaian hadiah kepada pemenang disempurnakan oleh Ketua Penolong Pegawai Daerah, Hj Saiful Azli bin Mohamed.
Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 126 kali.
Kembali ke Atas