Berita

MB sampai bantuan prihatin

~MM

TANAH RATA, 1 May 2021 - Pagi ini YAB Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Hj Wan Rosdy Wan Ismail telah hadir ke Majlis Penyampaian Bantuan Prihatin Pahang Dewan Negeri Tanah Rata dengan kerjasama Yayasan Pahang di Dewan Puncak Arabella, Tanah Rata. Majlis penyampaian bantuan tersebut membabitkan 120 orang golongan kurang berkemampuan terdiri daripada anak yatim, orang kurang upaya (OKU), miskin tegar dan ibu tunggal.

Mereka menerima bantuan prihatin berbentuk wang tunai RM200 dan kurma yang membabitkan implikasi kewangan berjumlah RM 24,000.00.

Semoga dengan sumbangan yang diterima ini dapat digunakan sebaiknya dan meringankan beban yang dihadapi oleh golongan tersebut.

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 134 kali.


Kembali ke Atas