Berita
Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2019
TANAH RATA, 27 Februari 2019 - Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands telah menganjurkan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2019 bagi Penilaian Tahun 2018 sempena menghargai dan mengiktiraf sumbangan kakitangan dalam menjalankan tugas yang diamanahkan dengan cemerlang sepanjang tahun 2018.
Bertempat di Hotel Avillion, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang yang bertemakan “Apresiasi 2019” dan telah disempurnakan oleh Pegawai Daerah Cameron Highlands, Dato' Hj. Ishak bin Md Napis.
Seramai 8 orang kakitangan telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2019. Antaranya termasuklah 8 orang Penolong Pegawai Tanah, 2 orang Pembantu Tadbir, 2 orang Pembantu Awam, seorang Pembantu Operasi dan seorang Pemandu Kenderaan.
Mendahului senarai penerima anugerah perkhidmatan cemerlang ialah Encik Ahmad Syukran Suhaimi bin Mohamed Ramlis, diikuti Encik Mohd Khadri bin Ramli, Puan Nor Ain binti Abdul Jabar, Cik Siti Fathiah binti Ramli, Encik Madzlan bin Odin Ahmad, Encik Zairiszudin bin Sapari, Encik Mohd Faitullah bin Md Razali dan Encik Sh Hadi bin Sh Khazan Nar Basha.
Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua penerima anugerah. Semoga pencapaian anda akan menjadi pembakar semangat kepada rakan-rakan yang lain untuk memberikan khidmat yang cemerlang.
Kembali ke Atas