Berita

Lawatan Daripada SUK Kedah

~MM

TANAH RATA, 23 Februari 2023 - Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands hari ini menerima kunjungan hormat daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah. Kunjungan tersebut diketuai oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), Dato’ Haji Syed Khairol Anuar bin Syed Abidin.

Sementara itu, Pegawai Daerah Cameron Highlands, Tuan Syed Ahmad Khirulanwar Alyahya bin Syed Abdul Rahman menyambut ketibaan ahli rombongan, di sini.

Semoga sesi lawatan ini dapat menjalinkan jaringan kerjasama dalam mengeratkan hubungan antara SUK Kedah dengan PDT Cameron Highlands.

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 124 kali.


Kembali ke Atas