Berita

Lawatan MB Pahang Ke Cameron Highlands

~MM

TANAH RATA, 14 Ogos 2022 - YAB Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail telah melakukan lawatan kerja ke daerah Cameron Highlands. Sepanjang lawatan beliau ke daerah ini, sebanyak 8 program utama telah disempurnakannya iaitu Pelancaran Kibar Jalur Gemilang, Penyerahan Sumbangan Cek Kerajaan Negeri, Penyerahan Kunci Rumah Rakyat Pahang (RRP) Fasa 2 serta Penyerahan Insentif Kerajaan Negeri Pahang kepada Guru-Guru KAFA. 

Dalam pada itu, beliau turut hadir ke program Penyerahan Kit Sukan Bola Sepak kepada Sekolah Rendah di Dewan Negeri Tanah Rata, Penyerahan Surat Tawaran Skim Tanah Rakyat (STR) Ringlet, Mukim Ringlet, Majlis Penyerahan Suratan Hak Milik Rancangan Tanah Kelompok (RTK) Desa Anggerik 2, Mukim Tanah Rata dan Penyerahan Bantuan Prihatin Pahang (BPP) kepada Ibu Tunggal, Pemandu Teksi, Penjaja Harian, Veteran Tentera dan Veteran Polis.

YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail turut merasmikan pembukaan Pusat Komuniti Majlis Daerah Cameron Highlands, Lembah Bertam kepada orang awam dengan melakukan tendangan penalti pada pertandingan futsal dan menandatangani plak perasmian.

Pihak PDTCH selaku urus setia bagi Lawatan Kerja YAB Menteri Besar Pahang ke Daerah Cameron Highlands mengucapkan terima kasih dan syabas kepada semua yang hadir dan yang telah memberikan kerjasama bagi kelancaran majlis ini. 

#Pahang1st 

#MajuTerusPahang 

#KitaBersama

#SayangiCameronHighlands

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 124 kali.


Kembali ke Atas