Berita

Kursus Pengurusan Pejabat dan Khidmat Pelanggan

~MM

KELAB GOLF SAS, 26 Julai 2018 - Kunci kejayaan sesebuah jabatan antara lainnya terletak di atas cara mana pekerjanya melayani para pelanggan, baik dalaman mahupun pelanggan luaran.

Selaras dengan itu, Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands mengambil inisiatif menganjurkan Kursus Pengurusan Pejabat dan Khidmat Pelanggan pada 26 hingga 27 Julai 2018 bertempat di Kelab Golf Sultan Ahmad Shah, Tanah Rata. Kursus ini mencapai objektifnya dengan meningkatkan kesedaran para pekerja tentang kepentingan melayani pelanggan secara profesional khususnya dalam mengendalikan aduan pelanggan serta pentingnya memahami kehendak pelanggan.

Dalam program tersebut, ceramah telah disampaikan oleh Pn Noor Asmah Mohd dan Pn Haslinda Hassan dari Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang.

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 156 kali.


Kembali ke Atas