Berita

Kerajaan Negeri Hulur Bantuan Aidilfitri

~MM

TANAH RATA, 18 April 2023 - Kerajaan Negeri Pahang membelanjakan sejumlah RM 12.95 juta menerusi Bantuan Khas Aidilfitri 2023 yang melibatkan kategori Ibu Tunggal, Pengerusi JPKK, Pengerusi JPKK Orang Asli, Tok Batin serta Setiausaha JPKK.

Menerusi jumlah tersebut, seramai 375 penerima daerah Cameron Highlands turut menerima bantuan yang disampaikan oleh Ahli Parlimen Cameron Highlands, Dato’ Ramli Mohd Nor di Majlis Penyerahan Sumbangan Bantuan Khas Aidilfitri bertempat di Dewan Puncak Arabella, Tanah Rata, di sini. Semoga dengan pemberian tersebut dapat membantu penerima dalam persiapan Aidilfitri yang bakal menjelma.

Dalam masa yang sama, Tenaga Nasional Berhad Negeri Pahang turut menghulurkan sumbangan berjumlah RM 10,000 kepada 50 orang pelajar SK Terisu, Cameron Highlands dalam Program Ceria Ke Sekolah. 

Turut hadir, Pengerusi Pertubuhan Ibu Tunggal Negeri Pahang, Dato’ Hajjah Melati Ali dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Tanah Rata), En Ho Chi Yang.

#MajuTerusPahang
#Pahang1st
#SayangiCameronHighlands

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 36 kali.


Kembali ke Atas