Berita
Keperluan Pengosongan Tangki Septik
TANAH RATA, 6 Oktober 2022 - Tangki septik perlu dikosongkan secara berjadual demi mencegah limpahan dan memelihara alam sekitar serta kesihatan penghuni premis. Penghulu Mukim Ulu Telom, En Amran Husin berkata maklumat melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) menunjukkan tahap kesedaran pengguna tidak mencapai hasrat yang dimahukan kerana sumber air yang menjadi keperluan hidup manusia berpotensi besar tercemar dengan sisa kumbahan.
Berucap dalam Program Penerangan Keperluan Pengosongan Tangki Septik di Dewan Balora semalam.
“Melalui program penerangan seperti ini adalah sangat baik diketengahkan kepada pemimpin masyarakat setempat untuk disebarluaskan,” katanya.
Menurut Ketua Cawangan SPAN Perak, Ir Ts Mohd Zaidi Mohamad Saad, pengosongan tangki septik secara berjadual dijalankan dua tahun sekali bagi memastikan enapcemar najis di dalam tangki septik individu tidak melimpah atau mengalir keluar ke perairan dan mencemarkan alam sekitar.
Kembali ke Atas