Berita

Kempen daftar vaksin masyarakat Orang Asli

~MM

ULU TELOM, 22 JUN 2021 - Pasukan Sukarelawan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Cameron Highlands yang diketuai oleh Ketua Penolong Pegawai Daerah, En Mohd Zaidi Awang telah mengadakan kempen bagi menarik lebih ramai masyarakat Orang Asli di daerah ini mendaftar untuk menerima vaksin Covid-19.

Ujarnya, kempen turun padang ke perkampungan tersebut bertujuan membantu memberikan taklimat penjelasan mengenai vaksinasi di samping memberi khidmat nasihat serta peranan mengawal penularan virus.
Semalam, pasukan sukarelawan telah menyantuni penduduk Orang Asli di Kampung Trisu, Telimau, Kampung Tiga dan Empat sekitar mukim tersebut.

 
#vaksinmelindungi
#lindungdiri
#lindungsemua

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 193 kali.


Kembali ke Atas