Berita

Keluarga Malaysia, Teguh Bersama

~MM

TANAH RATA, 31 Ogos 2022 - Sambutan Hari Kebangsaan Kali Ke-65 Peringkat Daerah Cameron Highlands bertemakan 'Keluarga Malaysia, Teguh Bersama’ yang diadakan di Padang Awam Majlis Daerah Cameron Highlands pada hari ini disambut meriah dengan kehadiran kira-kira 2,000 pengunjung termasuk 1,330 peserta dari agensi kerajaan, swasta, NGO dan pelajar sekolah yang mengambil bahagian dalam persembahan, perbarisan, pertandingan kereta berhias, pameran dan pertandingan bagi acara sampingan yang diadakan.

Yang Berbahagia Pegawai Daerah, Tuan Syed Khirulanwar Alyahya Bin Syed Abdul Rahman hadir bagi menyampaikan perutusan amanat Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail dan menyaksikan acara perbarisan dan perarakan.

Turut hadir adalah Yang DiPertua Majlis Daerah, Encik Azmil Hadid Bin Maznan, Ketua Polis Daerah, DSP Mohd Shamsuri Bin Mohd Nor, dan Ketua-Ketua Jabatan Daerah Cameron Highlands.

Tidak dapat dinafikan bahawa sambutan kali ini telah memperlihatkan semangat Patriotik seluruh rakyat Malaysia di Daerah Cameron Highlands. Terima kasih diucapkan kepada semua yang hadir memeriahkan sambutan pada kali ini. Tahniah kepada semua pemenang yang menyertai pertandingan yang diadakan.

Tahniah dan syabas kepada semua. Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Selamat Hari Merdeka!

#KeluargaMalaysia #TeguhBersama
#MajuTerusPahang
#Pahang1st
#SayangiCameronHighlands

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 125 kali.


Kembali ke Atas