Berita

Keberangkatan Tiba KDYMM SPB YDPA ke Cameron Highlands

~MM

TANAH RATA, 6 Januari 2023 - Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah berkenan mencemar duli mengadakan lawatan ke daerah Cameron Highlands hari ini.

Pegawai Daerah Cameron Highlands, Tn Syed Ahmad Khirulanwar Alyahya Syed Abdul Rahman bersama-sama Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail, Ahli Parlimen Cameron Highlands, Dato’ Ramli Dato’ Mohd Nor, Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Dato’ Sri Dr. Sallehuddin Ishak, Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf serta pegawai-pegawai jabatan kerajaan dan pemimpin masyarakat setempat menyambut keberangkatan tiba KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di Kelab Golf Sultan Haji Ahmad Shah.

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 108 kali.


Kembali ke Atas