Berita

KDYMM SPB YDA Berkenan Menunaikan Solat Jumaat

~MM

TANAH RATA, 6 Januari 2023 - Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menunaikan solat Jumaat di Masjid Sultan Abu Bakar, di sini.

KDYMM Seri Paduka Baginda berangkat tiba di masjid itu pada jam 1.25 tengah hari, disambut oleh Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Hj Wan Rosdy Wan Ismail dan Ahli Parlimen Cameron Highlands, Dato’ Ramli Dato’ Mohd Nor. 

Seri Paduka kemudian menyertai jemaah masjid untuk mendengar khutbah bertajuk ‘Integriti Dalam Pekerjaan’ yang disampaikan oleh Al-Fadhil Kadi Daerah Cameron Highlands, Tn Hj Mohd Khalil Mohd Zari Al-Hafiz.

Selesai solat, Seri Paduka berkenan beramah mesra, bersalaman serta berswafoto dengan jemaah. Baginda turut mengurniakan sumbangan berbentuk wang tunai dan barangan makanan kepada golongan asnaf di perkarangan masjid berkenaan.

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 2 kali.


Kembali ke Atas