Berita
Kaunter Jom Bayar Cukai di Kea Farm
KEA FARM, 11 Mac 2020 - Cukai tanah ialah bayaran yang dikenakan setiap tahun sebagai cukai ke atas tanah yang diberimilikan. Membayar cukai tanah adalah tanggungjawab pemilik tanah. Sehubungan itu, Unit Hasil, Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands mengambil inisiatif dengan telah turun padang bagi memudahkan orang awam membayar cukai tanah masing-masing.
Lazimnya cukai tanah hendaklah dibayar mulai 1 Januari hingga 31 Mei tahun semasa. Jika cukai tanah yang tidak dibayar mulai 1 Jun, akan menjadi tunggakan dan dikenakan denda lewat. Program ini juga turut disertakan dengan pembukaan kaunter penyemakan Lesen Pendudukan Sementara (LPS) untuk kemudahan pemegang lesen mengetahui status terkini permohonan mereka.
Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 141 kali.
Kembali ke Atas