Berita

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah

~MM

TANAH RATA, 20 Oktober 2022 - Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Cameron Highlands telah diadakan hari ini bagi membincangkan strategi, arahan dan pelan tindakan untuk berhadapan dengan Monsun Timur Laut (MTL) 2022/2023 yang dijangka berlaku pada bulan November 2022 sehingga Mac 2023.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah Cameron Highlands, Tuan Syed Ahmad Khirulanwar Alyahya bin Syed Abdul Rahman pada petang tadi turut membincangkan kesiapsiagaan pengurusan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) memandangkan Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU-15) akan dilaksanakan dalam tempoh MTL. Perkara ini memerlukan perhatian yang serius kerana sebahagian besar PPS merupakan sekolah yang turut dijadikan sebagai Pusat Daerah Mengundi (PDM).

Beliau menekankan bahawa pengurusan JPBD perlu menggunakan pendekatan yang bersifat “outcome oriented” iaitu dengan menitikberatkan tindakan pencegahan berbanding tindakan pembetulan. Pendekatan ini akan memberikan solusi yang berimpak tinggi kepada sistem pengurusan.

Beliau turut menyeru agar semua agensi yang terlibat dapat bekerjasama dalam mengendalikan pengurusan bencana lebih-lebih lagi dalam penyaluran maklumat yang tepat serta hebahan yang cepat kepada umum.

#Pahang1st
#SayangiCameronHighlands

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 26 kali.


Kembali ke Atas