Berita
Jabatan Kerajaan CH Tandatangan IBR
TANAH RATA, 6 Oktober 2022 - Sebanyak 29 buah jabatan kerajaan di Cameron Highlands telah menandatangani ikrar bebas rasuah pagi ini. Pegawai Daerah Cameron Highlands, Tn Syed Ahmad Khirulanwar Alyahya Syed Abdul Rahman berkata Cameron Highlands merupakan daerah pertama di Pahang yang melaksanakan IBR dengan penglibatan semua ketua jabatan di dalam daerah.
“Ia sebagai manifestasi komitmen dan sokongan penjawat awam di daerah ini dalam memerangi rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa”.
“Ikrar bebas rasuah merupakan satu janji bahawa bukan sahaja pada rakyat malah lebih penting lagi ia adalah salah satu komitmen kepada diri sendiri untuk mendukung amanah agama dalam membentuk kehidupan yang lebih baik serta dilimpahi keberkatan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika Majlis Lafaz dan Tandatangan Ikrar Bebas Rasuah Daerah Cameron Highlands di Dewan Puncak Arabella, di sini. Turut hadir merasmikan majlis, Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Pahang, KPKPj Hairuzam Mohmad Amin @ Hamim.
Menurut beliau lagi, ikrar ini merupakan satu inisiatif SPRM untuk memberi penekanan dalam meningkatkan iltizam menjauhi rasuah dan telah dilaksanakan di pelbagai kementerian, jabatan juga agensi di seluruh negara.
#cegahrasuah
#IkrarBebasRasuah
#MajuTerusPahang
#Pahang1st
Kembali ke Atas