Berita
Gotong royong erat persaudaraan
TANAH RATA, 27 Jun 2019 - Gotong-royong memasak merupakan satu amalan tradisi yang masih dikekalkan di Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands apabila sesuatu program atau acara dijalankan. Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini, kakitangan jabatan mengambil peluang bersama-sama memasak dalam penyediaan lemang dan rendang serta juadah lain.
Program yang dianjurkan oleh Kelab Pedata Titiwangsa ini memastikan semua kakitangan akan berganding bahu menyediakan hidangan yang menarik untuk para tetamu yang hadir. Semangat yang ditunjukkan oleh 130 orang kakitangan secara tidak langsung dapat mengeratkan persaudaraan dan memupuk semangat saling bekerjasama.
Antara tetamu yang hadir termasuk ketua-ketua jabatan beserta kakitangan, wakil pemimpin setempat serta penduduk sekitar Cameron Highlands.
Kembali ke Atas