Berita

Galak pekebun cintai hutan

~MM

KG. RAJA, 17 Julai 2018 - Hutan adalah satu komponen penting dalam sistem biofizikal di negara ini selain membekalkan kayu-kayan serta pelbagai hasil hilirannya. Hutan juga memainkan pe­ranan strategik dalam mewujudkan alam sekitar yang berkualiti terutamanya dalam perlindungan sumber air, pencegahan hakisan tanah, penstabilan iklim serta pemeliharaan sumber biologi.

Bertempat di Dewan Serbaguna Kampung Raja, satu pe­nganjuran Program Engagement bersama Pekebun-Pekebun Cameron Highlands telah diadakan bagi memupuk kesedaran kepada hampir 200 orang pekebun di sini dalam memulihara dan memelihara alam sekitar.

Ketua Penolong Pegawai Daerah, Mohamed Ridzan Hanan berkata, tujuan program dianjurkan antara lain mendidik para pekebun untuk menyayangi hutan dan dalam masa yang sama dapat mencegah hakisan tanah.

Antara jabatan kerajaan yang turut hadir dalam menjayakan program itu ialah Jabatan Alam Sekitar, Badan Kawalan Selia Negeri Pahang, Jabatan Pertanian dan Jabatan Imigresen. Turut hadir sama ialah Jabatan Mineral dan Geosains, Jabatan Pengaliran dan Saliran, Jabatan Perhutanan serta Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands.


Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 162 kali.


Kembali ke Atas