Berita

Ekonomi Cameron Highlands dibuka semula

~MM

TANAH RATA, 9 Mei 2020 - Semalam Kerajaan Negeri Pahang telah bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang menekankan kepada aspek penguatkuasaan termasuk membabitkan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi memastikan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dilaksanakan.

Perkara ini adalah penting bagi memastikan kesihatan awam dan rakyat terus terpelihara apabila sektor ekonomi dibuka semula seperti yang ditetapkan di bawah PKPB.

Pagi ini, Pegawai Daerah Cameron Highlands, Dato' Ishak Md Napis telah melawat ke kedai-kedai runcit yang berhampiran serta stesen minyak bagi memantau langkah kawalan kendiri dan pematuhan SOP orang ramai diamalkan di kawasan ini.

Dalam masa yang sama, beliau sempat meninjau di kawasan Pasar Awam Tanah Rata. 

#covid19 #kawalankendiri #kitajagakita #kitamestimenang

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 223 kali.


Kembali ke Atas