Berita

Cultra 2022 tarik pelancong ke Cameron Highlands

~MM

TANAH RATA, 18 Julai 2022 - Penganjuran pertandingan larian Cameron Ultra-Trail (CULTRA) berjaya menarik ramai pelancong tempatan dan antarabangsa ke daerah ini.

Pegawai Daerah Cameron Highlands Syed Ahmad Khirulanwar Alyahya Syed Abdul Rahman berkata penganjuran CULTRA yang bertaraf antarabangsa ini merupakan salah satu usaha untuk merancakkan subsektor pelancongan sukan.

“CULTRA 2022 disertai lebih 2,000 peserta dari 30 negara dan mereka turut membawa ahli keluarga bercuti di sini.

“Selain mengasah dan mencungkil bakat, ia juga meningkatkan kemasukan pelancong serta menyumbang kepada aktiviti ekonomi setempat,” ujarnya yang merasmikan acara perlepasan peserta di Padang MDCH Tanah Rata, di sini baru-baru ini.

Pertandingan larian CULTRA 2022 yang bermula pada 15-17 Julai 2022 lalu merupakan pertandingan sukan larian ‘Trail Runner’ menjadi acara tahunan pilihan di Cameron Highlands melibatkan pelbagai jarak yang mencabar iaitu dari 15km sehingga 100km.

Peserta dari Jepun Hisashi Kitamura muncul juara setelah menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 12 jam 1 minit untuk jarak larian 100km.

Sumber : Malaysia Aktif

Halaman ini baru sekali dipaparkan.


Kembali ke Atas