Berita
Cameron Ultra Trail (CULTRA) 2018
TANAH RATA, 27 Julai 2018 - Cameron Highlands sememangnya merupakan cabaran kepada pelari-pelari kerana laluan trek yang unik di samping menikmati keindahan alam semulajadinya yang menarik. Cameron Ultra Trail (CULTRA) 2018 bukan sahaja dapat menghimpunkan semua pelari dari Malaysia namun turut menarik perhatian pelari-pelari dari luar negara.
Temasya yang berlangsung selama 3 hari itu telah melabuhkan tirainya pada 29 Julai 2018. Antara jarak larian yang disediakan oleh penganjur pada kali ini ialah 100km, 55km, 30km dan 15km. Peserta larian dilepaskan di Padang Awam, Majlis Daerah Cameron Highlands seawal jam 3 pagi. Selain perlumbaan larian, pameran serta gerai jualan booth, Cultra Tea Party serta persembahan kebudayaan turut disajikan.
Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 126 kali.
Kembali ke Atas