Berita

Cabutan kerja undi Bil 3/2022

~MM

TANAH RATA, 7 September 2022 - Sesi cabutan kerja undi kali ketiga tahun 2022 telah diadakan secara langsung mengikut norma baru kaedah pelaksanaan perolehan atau projek kerajaan, selaras dengan garis panduan amalan langkah pencegahan penularan pandemik Covid-19 di tempat kerja yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Langkah ini turut mematuhi manual operasi standard (SOP) yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) Jabatan Perdana Menteri. Cabutan kerja undi melibatkan projek di bawah peruntukan Projek Mesra Rakyat (PMR) sebanyak 10 projek dan 71 buah syarikat yang layak dan berdaftar bagi menyertai sesi kerja undi hari ini. 

Sesi cabutan ini turut dihadiri oleh wakil dari Jabatan Kerja Raya Daerah Cameron Highlands, Jabatan Pengaliran dan Saliran Daerah Cameron Highlands serta wakil dari Persatuan Kontraktor G1 (Perkof) Daerah Cameron Highlands

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 133 kali.


Kembali ke Atas