Berita

Budi disanjung, jasa dikenang

~MM

TANAH RATA, 8 Januari 2021 - Majlis Budi Disanjung, Jasa Dikenang telah diadakan pada pagi ini bertempat di Bilik Gerakan, Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands. Majlis ini diadakan sebagai tanda penghargaan kepada sembilan (9) orang kakitangan yang bertukar pada tahun 2020. 

Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands (PDTCH) mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas sumbangan semua kakitangan  di atas segala jasa bakti yang telah  berkhidmat bersama PDTCH. Sesungguhnya sumbangan dari segi tenaga, pengetahuan, nasihat dan tunjuk ajar kepada semua peringkat kakitangan telah banyak membantu kepada kecemerlangan jabatan ini. 

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 213 kali.


Kembali ke Atas