Berita
Budaya gotong royong terus menjadi amalan
RINGLET, 11 November 2020 - Gabungan kerjasama penduduk dan agensi kerajaan merealisasikan program Gotong-Royong Membersihkan Balai Penghulu Mukim Ringlet di sini, hari ini. Menerusi program itu, penduduk bersama kakitangan agensi kerajaan membersih kawasan balai penghulu, longkang dan mencantas pokok serta menyaksikan budaya gotong-royong terus subur dalam kalangan masyarakat di peringkat komuniti, sekali gus mengeratkan hubungan sesama mereka.
Penglibatan aktiviti ini melibatkan 40 orang peserta terdiri daripada kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Cameron Highlands, Alam Flora dan Komuniti Ringlet.
Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 195 kali.
Kembali ke Atas